ڨ. ت. ب. اونيت ترست برحد
PTB UNIT TRUST BERHAD

Pengurus Amanah Saham Darul Iman (ASDI) 

ID: 199401024477/(310155-K)

KONSEP DAN POLISI PELABURAN BERTERASKAN SYARIAH

  • Pelaburan berteraskan syariah bermaksud dana ASDI hanya dilaburkan ke dalam syarikatsyarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak bercanggah dengan lunas-lunas Islam iaitu Syarikat-syarikat tersebut mestilah disahkan dan diluluskan oleh Panel Penasihat Syariah ASDI.
  • Polisi pelaburan Tabung ialah untuk melaksanakan satu pelan tindakan untuk melabur di dalam portfolio yang mengandungi kepelbagaian sekuriti ekuti tersenarai dan tidak tersenarai, sekuriti bon, sekuriti di pasaran asing dan instrumen pasaran wang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ini bertujuan untuk memberikan gabungan pulangan yang optima daripada dividen yang diperolehi dari pelaburan ekuiti, bon dan pasaran wang, keuntungan pelaburan dan juga peningkatan nilai aset Tabung.