Pengurus Amanah Saham Darul Iman (ASDI)
ID: 199401024477/(310155-K)
Permohonan untuk menjual balik sama ada semua atau sebahagian unit, permohonan boleh dibuat di kaunter perjabat urusniaga atau pejabat berdaftar pengurus pada hari-hari urusniaga. Pemegang unit juga boleh membuat permohonan secara bertulis atau dengan cara mendapatkan borang permohonan yang boleh didapati secara percuma dengan membuat turun di laman web PUTB di alamat www.putbasdi.com. Borang permohonan yang lengkap, ianya hendaklah diserah/dikirim ke pejabat urusniaga atau pejabat berdaftar pengurus. Pengurus akan membeli balik unit-unit pada NAB seunit pada hari permohonan lengkap diterima. Pemegang unit akan dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh pengurus. Tiada had penebusan minimum kecuali bagi penebusan / jualan balik sebahagian di mana baki yang ditinggalkan mestilah tidak kurang dari 100 unit.
Apabila pelabur membuat permohonan menjual balik unit-unit tabung untuk mendapatkan wang sebanyak RM10,000.00, maka jumlah yang akan dibayar kepada pelabur adalah sepertimana pengiraan di bawah :-
Pengurus tidak mengenakan apa-apa caj tebusan (belian balik) apabila pelabur ingin menebus pelaburan mereka.
Untuk mendapatkan nilai penebusan sebanyak RM 10,000.00, pelabur perlu menjual balik kepada pengurus sebanyak 20,000.00 unit pada NAB seunit RM 0.500000000.
Pengurus juga berhak untuk menolak dari nilai penebusan itu, bayaran cukai setem atau lain-lain duti (sekiranya ada) yang berkaitan dengan belian balik unit-unit, yang mana bayaran tersebut akan segera dibayar kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Maklumat Korporat & Jabatan Pejabat Berdaftar:
Wisma TI, PT3071
Chendering
21080 Kuala Terengganu
No Tel : 09-6177771
No Faks : 09-6177772
Pejabat Urusniaga & Surat Menyurat:
29.01, KT Business Centre (KTBC)
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
No Tel: 09-6220999
No Faks: 09-6229555 / 09-6238444