ڨ. ت. ب. اونيت ترست برحد
PTB UNIT TRUST BERHAD

Pengurus Amanah Saham Darul Iman (ASDI) 

ID: 199401024477/(310155-K)

PERMOHONAN MEMBELI UNIT

  • Para Pelabur dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan Prospektus sebelum melabur dalam Tabung Unit Amanah ini.
  • Permohonan pelabur untuk membeli unit-unit ASDI yang dijual oleh pengurus boleh dibuat melalui borang yang boleh di muat turun melalui laman web PUTB di alamat www.putbasdi.com atau boleh didapati secara percuma di pejabat urusniaga dan pejabat berdaftar pengurus.
  • Bagi pelaburan permulaan, pelaburan permulaan tidak kurang dari 100 unit, manakala untuk pelaburan tambahan hendaklah sekurang-kurangnya 10 unit yang yang akan dikira pada NAB seunit pada dari permohonan diterima oleh pengurus. Borang Permohonan dan Borang Pra-Pelaburan yang telah dipenuhkan bersama-sama dengan pembayaran dalam bentuk Deraf Bank, Wang Pos, Kiriman Wang, Cek Bank dan cek persendirian hendaklah dikemukakan ke pejabat pengurus. Pembayaran wang tunai boleh diterima jika pembelian dibuat di pejabat urusniaga.
  • Tuan puan adalah digalakkan membuat bayaran pembelian unit atau tambahan unit secara “Electronic Banking” ke AKAUN AMANAH Pengurus di CIMB Islamik Bank Berhad
Nama Akaun : PTB Unit Trust Berhad ( Trust Account)
No akaun : 8604061114

Slip bank beserta NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, NOMBOR TELEFON hendaklah dihantar ke “Whatsapp” No: 011- 1082 2099 atau emel pengurus di putb@ptbgroup.com.my sebagai bukti pembayaran dan tindakan susulan pihak pengurusan.

Klik di bawah untuk muat turun borang

Borang Permohonan Permulaan (Akaun Baharu)
boleh didapati bersama dengan Prospektus
Borang Permohonan Tambahan Unit

Contoh Ilustrasi Pengiraan Pelaburan Permulaan

Contoh Ilustrasi Pengiraan Pelaburan Tambahan