ڨ. ت. ب. اونيت ترست برحد
PTB UNIT TRUST BERHAD

Pengurus Amanah Saham Darul Iman (ASDI) 

ID: 199401024477/(310155-K)

PINDAH MILIK BIASA

  • Pemegang unit berhak untuk memindah milik unit-unit mereka secara bertulis di dalam borang pindahmilik sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kelima Surat Ikatan. Borang permohonan untuk memindah milik boleh didapati daripada Pejabat Pengurus atau hubungi Pejabat Pengurus / Pejabat Urus Niaga di talian 09- 622099909, 09-6232806, atau 09-6229735.

 

  • Pemegang unit boleh memindahmilik sama ada semua atau sebahagian unit pegangan mereka. Pindah milik tidak boleh dilaku atau tidak boleh didaftar sekira pemindah milik atau penerima milik memegang kurang dari 100 unit. Pindah milik unit akan berkuatkuasa dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permohonan.