Dana unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada pelabur pelabur yang mempunyai matlamat kewangan yang sama, iaitu dengan membeli unit amanah pada harga yang ditentukan/ditawarkan.
Pengurus dana sepenuh masa kemudiannya akan melaburkan wang tersebut dalam saham atau sekuriti dan tempat-tempat lain yang dibenarkan bagi pihak para pelabur.
Para pelabur mendapat pulangan melalui; pengagihan pendapatan (dividen) dan juga keuntungan modal (kenaikan harga).