ڨ. ت. ب. اونيت ترست برحد
PTB UNIT TRUST BERHAD

Pengurus Amanah Saham Darul Iman (ASDI) 

ID: 199401024477/(310155-K)

PENYUMBER LUARAN

PTB Unit Trust Berhad (PUTB) telah menyumberluarkan (Outsourced) fungsi audit dalamannya kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB). Satu perjanjian tahap perkhidmatan (Service Level Agreement) telah dimeterai antara PUTB dan TISB pada 16 November 2014.

SLA telah diperbaharui pada 30 Disember 2021 memandangkan TISB telah mengadakan SLA terbaru secara komprehensif bersama PTB Group pada tahun 2022.

TISB merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Terengganu (diperbadankan). TISB merupakan syarikat pegangan pelaburan yang juga menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat kerajaan negeri Terengganu termasuk perkhidmatan audit dalaman.

Antara tugas-tugas dan tanggungjawab TISB sebagai juruaudit dalam PUTB termasuklah:

Menilai sistem perakaunan dan kawalan-kawalan dalaman yang berkaitan; Menyemak integriti dan kebolehpercayaan maklumat kewangan dan operasi.

Menjalankan pemeriksaan samada PUTB telah menjalankan tugasnya dan bertindak secara professional demi kepentingan pemegang-pemegang unit.

Menyemak sistem kawalan dalaman yang diwujudkan dalam memastikan kepatuhan kepada polisi-polisi, perancangan dan prosedur-prosedur syarikat dan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Menjalankan pemeriksaan samada PUTB telah menguruskan tabung mengikut peruntukan-peruntukan surat ikatan, Akta-akta dan Garis panduan-garis panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan

Menyemak kaedah-kaedah melindungi aset-aset dan mengesahkan kewujudannya.

Menjalankan fungsi-fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit.