ڨ. ت. ب. اونيت ترست برحد
PTB UNIT TRUST BERHAD

Pengurus Amanah Saham Darul Iman (ASDI) 

ID: 199401024477/(310155-K)

KAKITANGAN UTAMA

Roshidi Ab. Hamed
Ketua Pegawai Eksekutif /Pengarah Eksekutif

Roshidi bin Ab Hamed adalah graduan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mendapat kelulusan peringkat Diploma dalam bidang sains gunaan, Ijazah Sarjana Muda dengan kepujiaan dalam bidang pemasaran serta Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan.
Beliau juga adalah pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal semenjak 15 Julai 2009 yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Beliau mula berkhidmat di PUTB semenjak Ogos 1994 sebagai Eksekutif Pemasaran. Pada tahun 2005, beliau ditempatkan ke Bahagian Pelaburan dan kemudiannya bertugas sebagai Eksekutif Kanan Pelaburan.
Pada 1 Julai 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan dan seterusnya pada September 2014 dilantik sebagai Pengurus Kanan. Beliau kemudiannya, pada bulan Januari 2018 telah dilantik sebagai Pengurus Besar PUTB. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUTB pada 1 Mei 2019, beliau adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif semenjak 20 Jun 2018.

Khairul Anuar bin Ali @ Ghazali
Pengurus Kanan Operasi

Khairul Anuar bin Ali @ Ghazali merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau memulakan tugas di PUTB pada 18 Disember 1995 sebagai Eksekutif Akaun, Jabatan Operasi. Encik Khairul telah dilantik sebagai Pegawai Kanan Pematuhan pada Januari 1999 sebelum ditugaskan kembali ke Jabatan Operasi sebagai Pegawai Kanan Operasi pada Januari 2001. Mulai 1 Ogos 2006, beliau telah dilantik untuk menerajui Jabatan Operasi sebagai Pengurus Operasi.

Mohamad Azhar bin Sulaiman
Ketua Unit Pematuhan

Mohamad Azhar bin Sulaiman merupakan pegawai lantikan yang bertanggungjawab untuk perkara berkenaan pematuhan. Beliau dilantik sebagai Pegawai Pematuhan PUTB pada 1 Januari 2008. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sebelum bertukar ke jawatan sekarang, beliau bertugas di Bahagian Akaun, Jabatan Operasi sebagai Penolong Eksekutif Akaun.